Tuesday, January 13, 2009

Kewajipan Membayar Hutang

Salam.

Baru jer dapat buku nih pagi tadik, opis baru bagi. Tajuk buku “ASAS MUAMALAT ISLAM”. Aku tertarik dgn tajuk nih – Kewajipan Membayar Hutang. Baca punya baca, terpikir utk kongsi dgn korang semua, untuk peringatan kepada diri aku sendiri dan semua. Mungkin ada yg pandang ringan benda nih, tp terpulanglah masing2.

Korang mesti ada experience kalau ada member nak pinjam apa2 ajer, memula dtg muka seposen, mulut manis, time bayar plak buat bodoh jer, kita yg bg pinjam nih mcm mintak sedekah plak, siap segan lagik nak mintak, hehehe…

Pastuh ada plak segolongan manusia nih, bila start belajar sibuk mintak bantuan pinjaman sana sini dgn government body, tp bila dah abis blajar, dpt kejer hebat, gaji hebat, xnak bayar loan. Alasan manusia2 nih, “alah, duit yg dorang bagi pinjam tuh kan duit rakyat, buat apa nak bayar balik. Kiter kan rakyat, dapat balik kat rakyat la. kalau bayar pun gomen pakai utk kayakan keluarga dorang…”. Hahaha, kesian dorang nih, pandai belajar, pandai bercakap, bodoh dalam pertimbangan buat keputusan yg akan dapat kesannya kemudian, kesian… kesian… Pasal kerajaan nak buat apa dgn duit tu, lantak dorang la. Tu antara dorang dgn Allah, sbb kita as rakyat dah bagi kepercayaan kita, terpulang kat dorang untuk jujur terhadap harta yg dorang makan, halal atau tak…

p/s: hutang AhLong pun wajib bayar tau, saper suruh gi hutang dgn dorang, hahahah…..


Kewajipan Membayar Hutang

Sesungguhnya agama Islam ialah agama yang mencakupi segala bidang kehidupan. Termasuk di dalam perkara-perkara yang terkandung di dalam ajaran Islam ialah berkenaan permasalahan hutang. Agama Islam menitikberatkan masalah hutang dan nilai melunaskan pembayarannya. Walaubagaimanapun, Islam masih memberikan ruang dan kelonggaran untuk berhutang khususnya dalam keadaan darurat dan sangat-sangat memerlukannya, iaitu dalam masalah kebaikan tetapi perlu diingat bahawa walaupun Islam memberi kelonggaran itu, setiap hutang itu wajiblah dijelaskan dan dibayar.

Kewajipan membayar hutang itu tidak akan terlepas sekalipun dengan melaksanakan ibadat-ibadat yang besar pahalanya. Oleh sebab itu Islam mengenakan syarat-syarat tertentu tertentu terhadap hutang-piutang sehingga orang yang berhutang tidak boleh lari daripada membayarnya.

Hutang perlu dijelaskan dengan segera. Janganlah dilalaikan pembayarannya dan menyebabkan tertangguh begitu lama sekali dan langsung tidak dijelaskan sehingga menyusahkan orang yang member hutang.

Akibat menanggung hutang itu, selain daripada dipertanggungjawabkan membayarnya, bahkan ada bahaya yang lebih besar yang akan menimpa kepada diri si penghutang jika tidak melunaskannya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibnu Hibban yang bermaksud : “Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya dijelaskan”.

Dalam hadith yang lain daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”. (Riwayat Ibnu Majah)

Berdasarkan hakikat ini, Islam menasihatkan setiap Muslim agar menghindarkan diri daripada berhutang kecuali kerana sangat memerlukan. Kalau pun terpaksa behutang, maka dia hendaklah berniat dan berazam untuk membayar hutang berkenaan.

Rasulullah s.a.w ada menjelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambil dengan niat membinasakan dengan tidak membayarnya maka Allah akan membinasakan dia”.

“Oleh itu jujur dalam melangsaikan hutang adalah sangat-sangat dituntut dalam Islam dan melengah-lengahkan pembayaran hutang boleh mencerminkan sifat khianat dalam menunaikan janji sebagaimana yang telah dipersetujui bersama. Semoga redha Allah senantiasa memayungi hamba-hambaNya yang sentiasa menitikberatkan pelangsaian hutang.”

Wallahua’lam

1 comment:

  1. i byr ok. even hutang ngan husband tau. hehehe

    ReplyDelete